25 August 2009

Terkini di Permatang Pasir

Calon PAS melawat kawasan pilihan raya bersama para pemimpin Pakatan Rakyat. Pagi tadi beliau mengiringi Datuk Seri Anwar dan keluarga yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Penanti.

Sebelum ke pusat-pusat pengundian, kesemua mereka berkumpul di Yayasan Aman, Penanti sebelum menaiki kenderaan dari situ.

Para penyokong melaungkan takbir dan reformasi sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pengundian.

Harakahdaily akan menyiarkan keputusan pilihan raya ini peringkat demi peringkat secara langsung dari Markas PAS di sana sebaik sahaja keputusan diterima dari setiap peti undi.

Keputusan ini dijangka akan mula diterima seawal jam 6.30 petang. - Harakahdaily

No comments:

Post a Comment