03 August 2009

Tareq dipenjara kerana usir puak Kurdis

BAGHDAD 3 Ogos - Mantan Timbalan Perdana Menteri Iraq era pemerintahan Saddam Hussein, Tareq Aziz semalam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan mengusir puak Kurdis dari pusat pengeluaran minyak di timur laut Iraq.

Pada Mac lalu, Tareq telah dihukum penjara 15 tahun atas kesalahan pembunuhan berpuluh-puluh pedagang kerana kejatuhan harga kawalan negeri pada tahun 1992.

Peguam berkata, kedua-dua hukuman akan dijalankan serentak menyebabkan Tareq, 73, akan merengkok dalam penjara selama 22 tahun. - Reuters

* UmnoBN harus ambil ikhtibar daripada nasib yang menimpa mereka.

1 comment:

  1. agaknya siapalah pemimpin UMNO akan dijatuhi hukuman sedemikian kerana menghalau penduduk hindu kat kg buah pala?..bela hindu kerana benci UMNO..tahniah Pakatan Rapuh

    ReplyDelete