PESHAWAR, Pakistan 22 Ogos - Taliban mengumumkan pelantikan Hakimullah Mehsud sebagai ketua baru menggantikan Baitullah Mehsud yang dipercayai telah dibunuh dalam satu serangan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS), menurut komander militan itu hari ini.
Pegawai Pakistan dan Amerika Syarikat percaya ketua Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP), Baitullah telah dibunuh awal bulan ini dalam serangan yang dilakukan oleh pesawat AS di suku daerah selatan Waziristan bersempadan dengan Afghanistan.
Bagaimanapun ia dinafikan oleh komander Taliban yang mendakwa Baitullah masih hidup tetapi mengalami kecederaan parah.
Timbalan TTP dan bekas guru pertempuran, Maulvi Faqir Mohamad yang mengumumkan beliau sebagai pemangku ketua kumpulan tersebut semalam berkata, sebuah syura atau majlis Taliban telah membuat pelantikan itu.
"Shura Taliban yang telah dihadiri oleh 22 anggota itu telah sebulat suara memilih Hakimullah sebagai pengganti kepada Baitullah," katanya. - AFP
No comments:
Post a Comment