Siswa mati lemas di kolam UIA
Ogos 24, 09 1:06pm
Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditemui lemas dalam kolam renang di kampus itu di Gombak pagi ini.
Mayat Mohd Hafifi Hazwan Mohd Adnan, 20, ditemui pada 3 pagi dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pelajar tahun pertama itu dilaporkan mandi di kolam bersama-sama empat rakannya selepas bermain futsal.
"Dia dipercayai tidak pandai berenang," katanya. BERNAMA
No comments:
Post a Comment