28 August 2009

"Saya pernah diserang hendap komunis tiga kali" - Wan Junaidi

KUCHING: "Saya pernah diserang hendap komunis tiga kali semasa menjadi polis", kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berkongsi pengalaman menentang komunis pada tahun 70-an dan 80-an di Sarawak.

Ketika era ancaman komunis di Sarawak, Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU), sayap angkatan bersenjata Biro Kedua Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) menjadi ancaman utama kepada keselamatan negeri.

PARAKU diketuai oleh Bong Kee Chok yang mengakhiri perjuangannya dengan menandatangani Perjanjian Sri Aman pada 21 Okt 1973 dengan kerajaan Malaysia.

Tempoh paling kritikal sehingga menyebabkan pembangunan di Sarawak terbantut ialah antara 1963 hingga 1973 apabila terpaksa berhadapan dengan gerakan konfrontasi dari Indonesia dan komunis.

Wan Junaidi yang pernah bertugas sebagai polis dari tahun 1967 hingga 1982 sebelum menceburi dunia politik mengakui pengikitirafan dan kebajikan yang diberikan kerajaan walaupun mencukupi, masih ada ruang untuk diperbaiki. - Mstar

* Speaker Perak pula diserang hendap Samseng Umno.

No comments:

Post a Comment