24 August 2009

Radzhi masih Exco sehingga sultan buat keputusan - MB

ALOR SETAR 24 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh masih ahli Exco kerajaan negeri sehingga Sultan Kedah menentukan kedudukan jawatannya dalam tempoh terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Azizan berkata, beliau telah menyampaikan surat memaklumkan kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai permintaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melucutkan jawatan ADUN Lunas itu sebagai Exco kerajaan negeri.

“Tuanku telah berkenan menerima surat itu dan kena tunggu jawapan daripada Tuanku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini selepas menghadap Sultan Kedah di pejabat baginda di bangunan Menara Zakat di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment