JOHOR BAHRU 19 Ogos — Polis berjaya menumpaskan tiga penjenayah dipercayai melakukan 36 kes rompakan di Johor, Selangor dan Pahang dengan membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam satu operasi khas di Endau, Mersing, dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kesemua suspek ditahan dalam serbuan 3 pagi selepas polis mendapat maklumat awam mengenai persembunyian mereka di sebuah pusat peranginan di kawasan itu.
“Polis merampas empat pucuk pistol dari jenis Glock dan Revolver, 47 butir peluru serta sebuah kereta jenis Toyota Vios dan Perodua MyVi dalam serbuan berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment