12 August 2009

Polis akan panggil dua blogger

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Polis akan memanggil dua blogger yang dikatakan menghina Islam di laman masing-masing baru-baru ini untuk siasatan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya sedang mengumpul keterangan mengenai pembabitan kedua-dua mereka itu sebelum disyorkan kepada pendakwaan untuk diheret ke mahkamah.

“Tindakan mereka itu boleh dihukum mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana menghina agama Islam,” katanya selepas majlis penyerahan cek tabung kemanusiaan untuk kanak-kanak Gaza di Bukit Aman di sini hari ini. – Utusan

No comments:

Post a Comment