Salam Sejahtera....Sekejap tadi aku sempat tengok dalam TV9 Menteri yang jaga Agama sempat mengeluar kenyataan mengenai kes arak dan judi yang ada di Malaysia, terutama di tempat-tempat terbuka, kononnya dia nak sanggah kenyataan Mustafa Ali yang minta Kerajaan Selangor buat akta hadkan mengenai jualan di tempat majoriti orang bukan Islam sahaja, mai si Mamat ni cakap kat TV, iaitu penjualan arak dan juga judi itu sebagai dugaan atau ujian kepada umat Islam, kalau umat Islam yang betul beriman, ia tak kan terpengaruh dengan perkara-perkara tersebut.
Tu dia.. jawapan seorang Menteri baru bekas Majer Jeneral Panglima Kagat.... nampaknya jawapan ni ia ambik dari jawapan Mahathir sewaktu dalam satu ucapan penutup perhimpunan UMNO....
Lagi satu ucapan dia yang keluar dalam Mstar hari ini, ia kata " lapan nilai yang terdapat dalam konsep Satu Malaysia dan 10 prinsip dalam Islam Hadhari mempunyai persamaan oleh itu pendekatan konsep Islam Hadhari akan diteruskan. " - Manjung Mari
Konsep Islam Hadhari akan dipertingkatkan, kata Jamil
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat peningkatan dari semasa ke semasa berkenaan dengan pendekatan konsep Islam Hadhari kerana ia mempunyai persamaan dengan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar General (B) Datuk Jamil Khir Baharom, lapan nilai yang terdapat dalam konsep Satu Malaysia dan 10 prinsip dalam Islam Hadhari mempunyai persamaan oleh itu pendekatan konsep Islam Hadhari akan diteruskan.
"Sudah tentu kerajaan akan menggerakkan pendekatan ini (Islam Hadhari) dan usaha untuk membuat peningkatan dari semasa ke semasa akan diteruskan," katanya ketika merasmikan Majlis penyerahan bantuan Ihya' Ramadhan di Masjid Al-Ghazali di Kepong pagi tadi.
Sebelum ini Jamil berkata kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.
Sementara itu ketika mengulas mengenai gesaan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA, beliau menyatakan ia bukan hak individu untuk membuat desakan tersebut.
"Itu pandangan beliau sebagai individu, perkara ini perlu mendapat kelulusan Majlis Raja-raja terlebih dahulu,"katanya
Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini pernah menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.
Menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh umat Islam agar dilihat dari sudut agama. - Mstar
* Ciri ulama jahat (syaitan bisu) adalah akan menyembunyikan 'nahi mungkar' demi harta dunia yang sementara.
andai semua kenyataan (tak kira dr sesiapa) menepati cita rasa pembangkang..org itu akan dijulang bagai wira tak pernah kecundang
ReplyDeletenamun, andai kenyataan itu menyanggah dasar kepuraan mereka
syaitan bisulah hukuman mereka
dasar...........
Apa mamat general ni komen tentang letak bunga ditugu?
ReplyDeleteNiZar, Allah beri lu akal,
lu pikir la sendiri.
Ustz Asri dihentam sebab pertikai lilin nizar..ustz Asri diangkat selepas berkata2 ttg ISA..Ustz Nasha dikeji bila sokong isu perpaduan ngan UMNO..Ustz Harusani,dimakidihinadicaci kerana pendapatnya tak sejalan dgn PAS/PKR ...la ni Dato Jamil pula jd belasahan puak2 yg mendakwa pengikut pukilamak..esok lusa bila harusani masuk PAS..dato Jamil masuk PAS..(nak kah mereka ni masuk PAS?)mereka ni menjadi seperti bayi yg baru lahir..suci.
ReplyDeletebuat la apapun selagi korang rasa bahagia..
Kenyataan dari barua UMNO nie utk memperbodohkan ahli bawahan UMNO yg sedia ada bodoh aje....tapi rakyat tak boleh diperbodohkan. Bagi pengusaha rumah pelacuran dicadangkan buka rumah pelacuran kat sebelah rumah barua UMNo nie...apa nak risau..iman diakan tebal.
ReplyDelete