13 August 2009

Peniaga bodoh jual arak di kawasan majoriti Islam - Khalid

SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melabelkan pengusaha premis perniagaan yang menjual arak di kawasan majoriti Islam sebagai bodoh.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menjual minuman keras di kawasan yang mempunyai pasaran pembeli.

''Kalau masih jual juga mereka bodohlah. Takkan nak jual nasi lemak di kawasan orang yang makan keju," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Negeri Selangor (Selesa) 2009 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan negeri yang membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam dengan meminta premis perniagaan menguatkuasakan konsep kawalan sendiri.

Menjawab soalan sama, Abdul Khalid menjelaskan, beliau tidak bermaksud menggalakkan orang Islam membeli arak tetapi menyerahkan sepenuhnya kepada pemilik premis untuk menguatkuasakan kawalan penjualan sendiri.

Beliau juga meminta kerjasama Pas untuk mencari kawasan majoriti Islam yang masih ada premis arak.

''Jadi tugas rakan-rakan kita dalam Pas ialah pergi cari tempat yang dia fikir tak betul (kawasan majoriti Islam yang ada jual arak) dan kita akan bincang.

''Tapi jangan cari di Jalan Chow Kit," katanya. - Utusan

3 comments:

  1. banggang ke ape dia nie?

    ReplyDelete
  2. INI SEMUA TAIK YG DITINGGALKAN OLEH UMNO.......SAMA MCM KES BABI. BILA PR AMBIL ALIH SELANGOR MAKA MCM-MCM CITER KEBURUKAN KELUAR KAT MEDIA UMNO. MASA UMNO PERINTAH, MEDIA UMNO SIAP KENA WARNIG JGN KELUARKAN ISU YG MENJATUHKAN UMNO. NAMPKNYA MEMANG BETUL KATA ANON...AHLI UMNO NIE MEMANG SEDIA ADA BODOH KERANA SERING DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA"......TAHNIAH!!! KHALID... KATA-KATA MU LEBIH BIJAK DARI SI KHIR TOYOL YG ADA RUMAH 24 JUTA...PAS TU BODOHKAN AHLI BAWAHANNYA DGN KATA HANYA 3 JUTA???? KAKAK AKU JUAL RUMAH TERES DUA TINGKAT KAT SUBANG PUN DAH 1.2 JUTA....INIKAN PULA RUMAH & TANAH BEREKAR???

    ReplyDelete
  3. MAAF NAK KOMEN.. SAYA RASA NI BUKAN ORG YANG JUAL BODOH.. TAPI KHALID SEPATUTNYA KENA FIKIR, KALAU XD ORANG NAK BELI, XKAN LA PENJUAL NAK JUAL ARAK... SEPATUTNYA KHALID KENA KUAT KUASA UNDANG2.. BUKAN LETAK KUASA MENJUAL KEPADA PENIAGA..

    SIAPA YANG BODOH??
    SAYA SOKONG PR, TAPI KENYATAAN KHALID NI BUAT SAYA RASA MUAL...

    ReplyDelete