22 August 2009

Pengkebumian Jackson ditangguhkan

LOS ANGELES 22 Ogos – Upacara pengkebumian Michael Jackson telah ditangguhkan sehingga 3 September ini daripada tarikh asal pada 29 Ogos.

Jurucakap keluarga Jackson berkata, 29 Ogos adalah tarikh lahir Raja Pop itu.

“Majlis pengkebumian untuk keluarga dan kenalan rapat akan diadakan di Glendale Forest Lawn Memorial Park, Los Angeles,” katanya tanpa memberitahu sebab mengapa ia ditangguhkan.

Jackson meninggal dunia pada 25 Jun lalu. Polis kini sedang menyiasat penggunaan dadah yang mungkin menyebabkan dia terbunuh serta tindakan doktor yang mengubat penyanyi itu seminggu sebelum beliau meninggal dunia. – Reuters

* Tak kebumi lagi...

No comments:

Post a Comment