24 August 2009

Pendakwa tidak tahu hukuman sebat tangguh

KUANTAN 24 Ogos - Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini terkejut dan tidak tahu menahu mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap seorang peragawati, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang didapati bersalah minum arak di tempat awam baru-baru ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada mana-mana pihak supaya hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi ditangguhkan.

Jika mahu ditangguh atau dibatalkan, tegas beliau, ia haruslah diputuskan oleh mahkamah, bukan boleh ditarik begitu sahaja. - Utusan

* Malaysia terkenal kerana kejakunannya.

1 comment:

  1. Memang patut pun penyokong yg bersubahat menolak Hudud dan hukuman jenayah mengikut syariah terdiri dari ahli2 neraka..

    Apa kata Bapak2 Mufti tentang penangguhan ini..Ada Hadis sahih kaa tak bleh buat hukuman sebat bagi menghormati bulan Ramadhan..

    Macam tu bebaslah tahanan2 penjara utk sebulan sebagai menghormati Ramadhan bg gantikan syaitan & iblis yg dirantai..

    ReplyDelete