BANGI 1 Ogos — Para penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tidak akan terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati terlibat dalam perhimpunan membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.“Jika ada pelajar terbabit dan pelajar sendiri membenarkan perkara itu berlaku, mereka sebenarnya hanya menjadi mangsa serta dipergunakan untuk kepentingan pihak lain.
“Saya tidak akan melindungi mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Asean Universities Build-and-Break Competition 2009 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika ada penuntut menyertai perhimpunan yang dirancang di ibu negara hari ini oleh dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), yang mahu ISA dikekalkan.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment