BUKIT MERTAJAM 25 Ogos – Cuaca baik membolehkan para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir keluar menunaikan tanggungjawab sebaik sahaja pusat pembuangan undi dibuka pukul 8 pagi ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati ramai golongan wanita dan warga emas keluar mengundi pada sebelah pagi.
Para pemimpin kedua-dua parti turut meninjau pusat pembuangan undi di sekitar DUN Permatang Pasir.
Antara yang berbuat demikian ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meninjau pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sama Gagah.
Beliau tiba kira-kira pukul 9.15 pagi dan akan meninjau beberapa pusat mengundi lagi. - Utusan.
No comments:
Post a Comment