21 August 2009

MB Selangor perlu bayar RM66.67 juta

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Mahkamah Tinggi Dagang di sini membenarkan permohonan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tuntutan kontrak kolateral antara beliau dan bank tersebut.

Sehubungan itu, Khalid perlu membayar AS$18.52juta (RM66.67) juta kepada BIMB.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf.

Peguam, Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili Khalid bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Mahkamah lantaran itu membenarkan penangguhan sementara pelaksanaan pemerintah tersebut. - Utusan

No comments:

Post a Comment