01 August 2009

Laluan utama ke KL ditutup

KUALA LUMPUR 1 Ogos — Beberapa laluan utama menghala ke Kuala Lumpur ditutup hari ini bagi menyekat penyokong kumpulan yang membantah dan juga menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) daripada meneruskan niat mereka mengadakan perhimpunan masing-masing.

Menurut jurucakap polis trafik Kuala Lumpur, antara jalan yang ditutup sejak 8 pagi termasuk laluan di kedua-dua hala Lebuhraya Seremban-Sungai Besi, Jalan Kelapa Gading, Jalan Mahameru, Dataran Merdeka, Jalan Travers dan jalan-jalan berhampiran Istana Negara.

“Ada berlaku kesesakan tetapi tidak kritikal. Mungkin kerana hari ini ramai yang tidak bekerja,” katanya.

Polis telah ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal lalu lintas.

Dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), yang membantah undang-undang itu, dan Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) bersama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), yang mahu ISA dikekalkan merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibu negara hari ini bagi menyatakan pandangan mereka berhubung perkara itu.

— BERNAMA

* Polis punca berlaku kesesakan...

No comments:

Post a Comment