22 August 2009

’Kuasawan’ BN Tidak Menghormati Perjuangan ’Bahasa Melayu’ Seniman – Pak Samad

PERMATANG PAUH – Sasterawan Negara Datuk A Samad Said muncul di Permatang Pasir bagi meminjam pentas PAS untuk lanjut menjelaskan kedudukan PPSMI sekarang.

”Saya datang untuk meminjam pentas PAS untuk lanjut menjelaskan apa yang sedang berlaku dalam kelompok seniman untuk menegakkan Bahasa Kebangsaan,

”dan saya amat tidak senang apa yang sedang berkembang khususnya ternampak semacam ’olang-alik’ dalam usaha mansuhkan PPSMI,”katanya dalam sidang Media bersama pemimpin PAS di Markaz Besar Pilihanraya Permatang Pasir hari ini.

Beliau turut kesal kerana menurutnya ’kuasawan’ BN tidak menghormati perjuangan seniman dalam menegakkan bahasa kebangsaan.

Katanya, BN tidak menunjukkan kesungguhhan dalam memertabatkan bahasa Melayu.

"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu.

"Bahasa Melayu itu diperhina terus,"kata beliau.

Malam ini, Pak Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu. - BuletinOnline

2 comments:

  1. ni pun tali barut pakatan.

    sasterawan apa camni?

    pas ni terang2 tak pandai ngeja..
    markaz mende.. markas la.. dok sekolah pondok takkan tak belajar abc? tu la, paksa orang bagi derma utk buat sekolah pondok, tp tak ikhlas. amek kau!

    ReplyDelete
  2. Helo mat media cyber,

    Kau tahu apa tu sasterawan...? Kalau dia tak guna parti PAS bagaimana dia boleh menyampaikan bantahannya kepada Barisan Nasional sedangkan UMNO sendiri tidak menunjukkan sikap bertanggongjawab terhadap memertabatkan bahasa melayu.

    Kau mengeluarkan komen dalam blog ini menggunakan bahasa apa..?
    Manusia bangang macam kau memang ramai dalam parti UMNO.... semua sokong apa saja yang dilakukan oleh pemimpin UMNO, tidak kira sama ada tindakan itu membawa kebaikan atau menjahanamkan kehidupan anak cucu dikemudian hari.

    Ahli UMNO memang bangang dalam bahasa melayu....!!

    ReplyDelete