
Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P. Ramasamy (kanan) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh seorang daripada penduduk Kampung Buah Pala berhubung operasi meroboh rumah ketika pertemuan beliau dengan penduduk kampung itu hari ini. P. Ramasamy mengumumkan operasi meroboh rumah yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perbincangan dengan penduduk kampung berkenaan berhubung penyelesaian yang sedang diusahakan. -- fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebentar tadi mengumumkan bahawa pemaju perumahan di kawasan Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd - yang kini menjadi kontroversi sekarang - telah bersetuju untuk berkongsi tanah seluas 2.6 hektar dengan penduduk kampung tersebut.
Lim berkata, beliau akan membincangkan cadangan itu dengan penduduk kampung pada satu pertemuan yang sedang berlangsung.
Pertemuan itu bermula 8 malam tadi.
Beliau menyatakan demikian pada sidang media ringkas sebelum bermulanya mesyuarat tersebut. - Mstar
* Kongsi tanah? Itu tanah siapa?
No comments:
Post a Comment