19 August 2009

Kes liwat: permohonan Anwar batalkan kenyataan disebut 2 Sept

KUALA LUMPUR 18 Ogos — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan kepada 2 Sept ini untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi semakan kehakiman untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang mendakwa tidak terdapat fakta-fakta yang memihak kepada pembelaan dalam kes liwat bekas pembantunya.

Hakim Lau Been Lan menetapkan tarikh itu dalam kamar selepas membenarkan permohonan peguam Anwar untuk penangguhan itu sehingga rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya membekalkan dokumen yang diminta Anwar diselesaikan di Mahkamah Rayuan.

R.Sivarasa, yang mewakili Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat, memberitahu media bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah relevan dalam permohonan yang difailkan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment