25 August 2009

Inkues: Prosiding panas apabila Gobind tanya soalan dengan kasar

SHAH ALAM 25 Ogos – Prosiding inkues menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock pagi ini menjadi ‘panas’ apabila peguam, Gobind Singh Deo bertanya soalan dengan kasar dan bertalu-talu terhadap saksi ke-16, Mohd. Anuar Ismail.

Tindakan Gobind itu menyebabkan pemerhati dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa bangun membantah serta meminta peguam pemerhati bagi keluarga Beng Hock agar tidak menuding ke arah saksi serta mengeluarkan kata-kata yang tidak perlu terhadap pegawai SPRM itu.

Pertikaman lidah antara kedua-dua mereka hanya terhenti apabila koroner, Azmil Mustapha Abas menegur serta meminta Gobind bertanya soalan secara rasional serta apa yang berkaitan dengan inkues sahaja. - Utusan.

No comments:

Post a Comment