SHAH ALAM 14 Ogos – Peguam, Gobind Singh Deo menyanggah teori bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock membunuh diri berikutan ketiadaan kesan tapak kasut dan cap jari di tubir tingkap di tingkat 14 Plaza Masalam.
Menurut beliau, kesan-kesan tersebut akan ada sekiranya Beng Hock memanjat tingkap seperti aksi yang ditunjukkan oleh Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim sebelum ini.
Turut dipersoal ialah kasut sebelah kiri Beng Hock yang tertanggal dan kemungkinan ia dicampak selepas ditolak. - Utusan
No comments:
Post a Comment