22 August 2009

Hakim AS arah bebaskan tahanan Guantanamo

WASHINGTON 22 Ogos - Seorang rakyat Yemen yang ditahan sejak 2002 di penjara Teluk Guantanamo mesti dibebaskan kerana tiada bukti dia terlibat dengan al-Qaeda atau menjadi pengawal Osama Laden, kata keputusan hakim Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan hari ini.

Mohammed Adahi merupakan salah seorang daripada 29 tahanan yang diarah dibebaskan dari Guantanamo, penjara kontroversi di pangkalan tentera laut AS di Cuba yang menempatkan suspek militan sejak serangan 11 September di AS oleh al-Qaeda pada 2001.

"Tiada bukti kukuh menunjukkan dia (Adahi) adalah anggota al-Qaeda dan/atau Taliban," kata Hakim Daerah AS, Gladys Kessler dalam keputusan bertulisnya.

Adahi sebelum ini didakwa sebagai jurulatih di kem al-Qaeda dan mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan militan. - Reuters

No comments:

Post a Comment