26 August 2009

FOREX: Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar Amerika

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS Rabu apabila para pelabur terus kekal di luar pasaran sebelum pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) tentang keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku tahun kedua, kata para peniaga.

Pada jam 5 petang, ringgit turun kepada 3.5220/5260 berbanding setiap dolar AS daripada 3.5170/5220. yang dicatatkan Selasa.

Peniaga berkata, pelabur sedang menunggu pengumuman KDNK yang akan memberi gambaran tentang hala tuju ekonomi negara pada bulan-bulan akan datang.

OSK Research Sdn Bhd, dalam nota penyelidikannya, berkata ringgit akan lebih kukuh berbanding dolar AS tidak lama lagi hasil perjanjian perdagangan serantau dengan pertukaran mata wang dua hala, tindakan kerajaan untuk menurunkan defisit bajet pada 2010 dan kepentingan negara yang lebih baik.

Ia mengekalkan unjuran mata wang pada RM3.50 - RM3.55 tahun ini dan RM3.40 - RM3.45 tahun hadapan.

Pada sesi dagangan, ringgit bergerak antara 3.5220 dan 3.5285 berbanding dolar Amerika.

Berbanding mata wang utama, ringgit diniagakan rendah.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 2.4418/4467 daripada 2.4386/4429 Selasa dan turut menyusut berbanding yen kepada 3.7436/7495 daripada 3.7288/7345 sebelumnya.

Berbanding euro, ia merosot 5.0424/0485 daripada 5.0209/0291 pada Selasa.

Bagaimanapun, ia meningkat berbanding pound British kepada 5.7444/7516 daripada 5.7528/7623 sebelumnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment