17 August 2009

Dua didakwa ubah wang haram RM16j

KUALA LUMPUR 17 Ogos — Seorang pengarah dan seorang pengurus syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertubuhan melibatkan dalam pengubahan wang haram berjumlah US$4,528,387 (RM16 juta) tahun lepas.

Pengarah syarikat Plustrans Resources Sdn Bhd, Tengku Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin dan pengurus syarikat Mohd Fuad Hamzah, kedua-dua berusia 44 tahun, didakwa memindahkan wang tersebut ke dalam dua akaun syarikat.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka memindahkan wang tersebut hasil dari aktiviti haram daripada akaun semasa tukaran asing ke dalam akaun semasa syarikat Plustrans dan akaun semasa tukaran asing milik syarikat Microvest Engineering Sdn Bhd.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Malayan Banking Berhad, Level 2, Unit 49, Kompleks Pernas-SOGO, 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, antara 5 dan 6 Mei 2008.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Sub-Seksyen (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM1 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

* ceti haram, zambry mb haram, wang haram, lumba haram, speaker haram...

No comments:

Post a Comment