19 August 2009

Calon BN – Rohaizat Othman di serang kontroversi

Bermula dengan satu kenyataan di FACE BOOK saya Anuar Mohd Nor oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar mengenai status guaman Rohaizat Othman – yang di gantung maka kontroversi mengenai calon BN itu semakin memuncak.

Justifikasi BN mengenai Rohaizat tidak menafikan bahawa beliau telah digantung oleh Majlis Peguam tetapi telah merujuk masalah ini berpunca dari rakan beliau Yusri Isahak yang kini bukan lagi rakan kongsi Rohaizat dalam isu pembelian tanah yang melibatkan Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang.

Dalam memberi justifikasi, BN telah memaklumkan bahawa apa yang berlaku adalah Rohaizat adalah mangsa keadaan dan ini bukan satu kesalahan kerana tidak ada laporan polis atau sebarang laporan dibuat terhadapnya yang menyebabkan hilang kelayakan beliau bertanding.

Justifikasi mengenai Rohaizat turut memaklumkan bahawa calon BN Permatang Pasir itu tidak hadir untuk menjawab apabila Majlis Peguam meminta penjelasan – adalah kerana pada waktu itu beliau deman dan mempunyai sijil cuti yang sah.

Namun justifikasi ini berbeza dengan kenyataan Majlis Peguam yang mengatakan Rohaizat di gantung dan rayuannya ditolak kerana gagal bertindak untuk memulangkan wang berjumlah hampir 160,000 lebih setelah transaksi pembelian tanah itu terbantut dan dibatalkan.

Rohaizat telah merayu dan ianya ditolak. Tambahan lagi menurut sumber yang www.umno-reform2.com peroleh, ada beberapa lagi isu yang akan menyelongkar sejarah Rohaizat sedang diusahakan bagi menggagalkan usaha calon BN untuk menang dan menempa sejarah. Apa lagi yang akan di keluarkan oleh berita alternatif bagi terus menghalang Rohaizat untuk menang dalam pertandingan ini! Diberitakan ada lagi isu-isu panas mengenai Rohaizat yang akan lebih menyulitkan calon BN ini. - Umno-Reform

* Sudahlah di sana mereka berpecah.

No comments:

Post a Comment