11 August 2009

Arak Di Selangor Tidak Akan Di Jual Di Kawasan Majoriti Orang Melayu Islam


KERTEH, Kemaman – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersetuju supaya arak di negeri Selangor tidak dijual di kawasan majoriti orang Islam dan Melayu.

”Isu arak di Selangor, kita (saya) tidak setuju kalau arak dijual dikampung-kampung Melayu (Islam), tadi saya telefon kepada Tan Sri Khalid, walau kita akan mesyuarat
dengan Tuan Guru Ustaz Hadi dan pimpinan Pakatan Rakyat,

”saya kata macamana Tan Sri Khalid ? saya kata buatlah kenyataan yang baik, kalau ada kawasan ramai orang Islam tak usahlah jual (arak),”ujar Anwar dalam ucapannya di satu majlis penerangan sempena lawatan sehari beliau ke Terengganu, disini, semalam.

(Gambar - Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Ustaz Harun turut berucap dalam majlis ceramah semalam)

Menyentuh isu beliau di tuduh sebagai pengkhianat, Anwar mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk membuktikan, apakah tindakannya yang dilakukannya kepada orang Melayu yang dianggap sebagai pengkhianat.

Katanya dengan menyindir, berapa banyakkah tanah-tanah yang telah beliau serahkan kepada orang bukan Melayu, sehingga beliau dituduh sebagai pengkhianat.

Beliau turut menyelar Muhyidin, agar jangan menggunakan isu-isu peribadi, kerana beliau tidak mahu mendedahkan apa yang beliau ketahui tentang diri Muhyidin sendiri. - Buletin Online

4 comments:

  1. SAYA CADANGKAN AGAR ANWAR BERDEBAT DENGAN MUYIDIN...BIAR BERBUIH PULA MULUT MUYIDIN??? TAJUK DEBAT : " ANWAR PENGKIANAT MELAYU UMNO"

    ReplyDelete
  2. Rais Yatim pun takut nak debat ngan Zaid Brahim..Nie pulak Mydin nak debat ngan anwar..Piraahhh..
    Kalau ajak mat toge aje jadi pendebat mungkin dia mau...

    ReplyDelete
  3. Che det kalau berani ajak ler anwar debat...Pasal Rakyat nak tengok pemimpin mana yg memperjuangkan hak2 Melayu..
    Anwar, Che det, Najib, Mydin, Nik Aziz, Hadi Awang jangan berani dalam blog aje..
    Sapa sokong?? Mat Toge apa macam cadangan nie?

    ReplyDelete
  4. Mat Toge dicadangkan berdebat dgn Penjual & Pembeli Toge yang berbangsa Melayu. Tapi mesti Melayu UMNO, sebab Anwar dah kianati Melayu UMNO. Pasal tu UMNO meroyan tak tentu pasal...

    ReplyDelete