04 August 2009

Ambil tindakan tegas kepada dalang demontrasi haram

KAMPUNG GAJAH 3 Ogos - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas dengan menangkap pihak yang terbukti menjadi dalang demonstrasi jalanan haram di ibu negara Sabtu lalu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, undang-undang tidak harus ada kekebalan kepada mana-mana pihak.

``Saya harap perlu ada tindakan tegas bukan hanya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kepada semua pihak yang melakukan perkara yang tidak baik dari segi undang-undang,'' katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat benih Padi Felcra Berhad di Seberang Perak di sini hari ini.

- Utusan

* Sejak dahulu, mahkamah tidak nampak apa-apa kesalahan berhimpun secara aman.

No comments:

Post a Comment