JAMRUD, Pakistan 28 Ogos - Pengebom berani mati membunuh 22 orang pengawal sempadan Pakistan dalam serangan di sempadan utama Afghanistan semalam, kata kerajaan.
Ia adalah serangan besar pertama di Pakistan sejak ketua Taliban, Baitullah Mehsud terbunuh dalam serangan peluru berpandu pada 5 Ogos lepas.
Serangan itu berlaku semasa para pengawal sedang duduk berkumpul untuk berbuka puasa.
“Pengawal itu baru mula berbuka puasa apabila seorang remaja lelaki membawa sebotol minuman Pepsi berjalan ke arah mereka dan meletupkan diri sendiri,” kata seorang saksi, Wakil Khan. - Reuters
No comments:
Post a Comment