01 August 2009

20,000 sertai demo anti-ISA

Laporan: Andrew Ong, Jimadie Shah Othman, Rahmah Ghazali, Abdul Rahim Sabri, Wong Teck Chi, Lee Way Loon, P Tarani, K Pragalath, Emily Chow

Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibu negara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU), yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negara sejak awal pagi ini.

Akibat kawalan keselamatan ketat, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, wakil kumpulan pro-ISA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, dapat menyerahkan memorandum mereka kepada pengawal Istana Negara.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan.

Dalam sidang petang tadi, pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa 100,000 orang menghadiri perhimpunan hari di beberapa tempat di tengah-tengah ibu kota.

Manaka Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula menganggarkan kira-kira 80,000 menyertai perhimpunan hari ini.

Para saksi pula menganggarkan lebih kurang 20,000 menyertainya.

Sehingga lewat petang ini, pihak polis masih lagi berada di sekitar SOGO dan melepaskan tembakan meriam air apabila ternampak kumpulan penyokong anti-ISA. - Malaysiakini


* Patutlah Nik Aziz kata pergi jahanam Umno

3 comments:

  1. Samseng PAS dan samseng PKR kembali riak kerana termakan najis yg dilepaskan nik najis

    ReplyDelete
  2. SATU LAGI CONTOH KOMEN DARI AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH SEPERTI LANA BULU??? MUNGKIN DISEBABKAN DAH TERLALU BYK MAKAN NASI KANGKANG WANITA PUAKA...PASAL TU JADI BODOH TAK MENENTU??? PERGI JAHANAMLAH UMNO.....KESIAN UMNO ASYIK KENA MAIN DGN TGNA....

    ReplyDelete
  3. bodoh2 aku pun dah hidup mewah..kaya raya..tak lah melalak mcm anjing kurap aje..taklah jdi barua hindraf..tak lah jadi kuli anwar brahim..tak lah berkawan dgn Langkah Mayat Aku Dulu kalau Nak Hudud..sapa main sapa?hang tak nampakkah terhegeh2nya nik aziz pergi sambut PM aku kat eport kelmarin tu...tuhan maha kaya cik anon oiii..kejap aje DIA nak tunjukkan kpd umat ISLAM yg asyik memuja nik aziz..dlm dok hina UMNO..buat apa pi jumpa PM UMNO? celiklah mata tu luas2..terimalah ketentuan Allah..UMNO lebih Islam berbanding DAP..dari PAS apatah lagi dari PKR

    ReplyDelete