22 July 2009

Zahid Hamidi mesti disiasat kerana jumpa Ehud Barak

PAS mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang berjumpa dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas.

Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak adalah satu pertemuan yang mengguris perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya, adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini?

Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya, beliau adalah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin.

Siapakah Zahid yang hendak berlagak dan tunjuk hero kepada dunia untuk berbincang dengan Israel?

Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa yang boleh berbincang.

Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya, berapa banyak perundingan mengenai masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.

Tentu kita masih ingat, Dr Mahathir Mohamad, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun, menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah.

Sudah pasti pertemuan Zahid dengan Barak ini mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Razak, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

- Harakahdaily

* Kata Anwar agen Yahudi...

4 comments:

  1. inilah pembangkang..sntiasa berburuk sangka..malah sentiasa mencari peluang utk menghentam....kenapa tak berfikir dari sudut yg lebih positif..zahid sedang menyiasat keterlibatan dan hubungan anwar dgn ajen yahudi..atau yg sebenarnya pembangkang takut rahsia anwar berbaik dan mendapat dana yahudi terburai..

    ReplyDelete
  2. AHLI UMNO BOLEHLAH PEMIMPIN UMNO PERBODOHKAN SEBAB AHLI UMNO BAWAHAN DAH TERLALU BANYAK MAKAN NASI KANGKANG WANITA PUAKA???

    ReplyDelete
  3. Bodoh bin bangang ...dah suruh boikot barang Yahudi..org pun tak payah kawanlah...Ehud tuulah dajjal paling besaq dunia...aku rasa Zahid Marah kat dia serang palestine??...Puuiiiii ...kirim salamlaaa kalau dia kata camtuuu...

    ReplyDelete
  4. lana buli kate suruh kite sangka baik...tapi knape die cam tgh sangka buruk psl anwar je..lebih baik die ckp jelas2..sangka baik ngan org UMNO(parti mungkar) dan buruk sangkalah pd pembangkang...kan senang skit nk phm kedunguan kamu tu

    ReplyDelete