20 July 2009

Ulama PAS patut keluar fatwa mengenai nyalaan lilin - MB Perak

IPOH: Ulama dalam PAS patut mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama maka adalah wajar untuk golongan ulama PAS memberi penjelasan mengenai tindakan bekas Menteri Besar Perak itu menyertai majlis sedemikian.

Katanya ulama PAS seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pastinya mempunyai penjelasan terhadap tindakan Mohammad Nizar itu.

"Saya bukan ulama nak komen tentang tindakan Nizar. Biar orang agama komen tentang ini. Biar tok guru komen. Dia banyak tok Guru (Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi). Dia (Mohammad Nizar) pun tok guru juga. Dia pandai baca Quran, bagi ceramah, bagi khutbah di masjid.

"Dia lagi tahu apa yang dia buat," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan The Red Solar (M) Sdn Bhd dan TCT Inc (TCTI) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Teoh di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu tersiar dalam akhbar The New Straits Times pada Sabtu lepas.

Zambry berkata beliau bersimpati dengan kematian Teoh dan telahpun menyatakan pendiriannya di dalam laman blognya www.zambry.com.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif The Red Solar (M) Sdn Bhd, Rais Hussin Mohamed Ariff berkata pemeteraian memorandum itu melibatkan projek pengeluaran sel (PV) bagi 'phoyovoltaic' melibatkan pelaburan langsung asing US$250 juta (RM887 juta) di Perak.

"Amaun itu bagi mengeluarkan 100MW sel PV setiap tahun sehingga 2011, akan mewujudkan anggaran 1,000 peluang kerja di Perak," katanya.

Pada majlis menandatangani memorandum itu, PKNP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Datuk Samsudin Hashim manakala The Red Solar diwakili Rais Hussin dan TCTI diwakili CEO Siva Sivaram. BERNAMA

* Mengapa tidak minta majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan fatwa kerana memang itu tugas mereka.

4 comments:

  1. Apa tunggu lagi..TGNA..mana fatwanya?mana hukumnya?mana dalilnya?mana syurganya? mana..mana..tapi sebab yg buat ni org PAS, semuanya ok..semuanya tak menyalahi tuntutan agama..malah PAS amat memuji tindakan DS Nizar ...kesedihan dan keprihatinan sebegini amat perlu kita tunjukkan supaya org cina,org india akan terus menyokong kita ....amcm org PAS..no comment?

    ReplyDelete
  2. Soal pasang lilin atau pengang lilin adalah satu budaya kaum cina... sesiapa pun boleh pegang lilin. Sama juga lilin ada kaitan dengan menyambut hari jadi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia, lilin dan kek kemudian dinyanyikan beramai-ramai apakah itu satu perbuatan keagamaan...?

    Hello "Zambry Abdul Kadir" jangan tukar tajuk cerita..... kita tengah cerita pasal nak bubar DUN Perak. Kau ingat semua rakyat negeri perak bodoh macam ahli UMNO...?

    ReplyDelete
  3. ssungguhnya stiap amaln tu dibuat dgn niat....Allah saja yg tau niat hambanya..moga penyokong parti mungkar dpt memikirkan isu2 yg lebih berat spt kezaliman dnegara ini...moga kalian mndapat petunjuk deh

    ReplyDelete
  4. tu dia..anon dah jawab bagi pihak Nik Aziz..hebat betul ustaz anony..ustaz kaki onani la katakan , apa kata kalau aku sebagai org UMNO bagitau kat org2PR..apa saja yg kami buat adalah kerana niat kami ingin membantu saudara2 kami yg sesat kembali ke jalan Allah..kembali menerima qada dan qadar Allah..tu pun kalau anon org Islam..kalau anon bukan org Islam..segala apa yg kami lakukan adalah atas tuntutan dan kewajipan kami sebagai org Islam..kami tidak mahu Islam kami dipolitikkan..kami sedar apa jua yg kami lakukan kelak akan disoal oleh tuhan kami ,iaitu Allah..tuhan kami yg maha adil..dan kalau kami ini jahat atau zalim..Allah tidak akan membenarkan kami terus berkuasa dibumi Malaysia sedangkan hakikatnya sudah 50 tahun UMNO meneraju tampuk pemerintahan ini..walaupun mungkin kami tidak baik tetapi kami lebih baik darpada parti2 yg ada di Malaysia ini..Allah yg kami sembah..Dia maha mengetahui

    ReplyDelete