11 July 2009

Tengku Razaleigh sambut baik keputusan PPSMI

KUALA LUMPUR 11 Julai - Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, negara tidak bersedia apabila dasar itu diperkenalkan kepada pelajar Tahap Satu di sekolah kebangsaan pada 2003.

``Jadi, adakah kita hendak mengorbankan masa depan anak-anak kita dalam mengguna pakai dasar baru apabila kita belum bersedia?

``Oleh itu, saya menyambut keputusan pemansuhan itu demi anak-anak kita.

Dengan apa cara pun, kita harus meluangkan lebih banyak masa dan mendalami bahasa Inggeris kerana ialah bahasa pada masa depan.

``Saya berpendapat orang kita perlu fasih dalam bahasa Inggeris seperti sebelum kemerdekaan,’’ katanya pada sebuah ceramah anjuran Persatuan Perunding Perhubungan Awam Malaysia di sini semalam. - Bernama

* Yang susah yang petik, yang sambut senang sahaja.

No comments:

Post a Comment