18 July 2009

Spekulasi kematian Teoh – siapa untung


PERDANA MENTERI MALAYSIA :Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock dan bakal isterinya, Soh Cher Wei, di atas kematian mendiang Teoh semalam. "Saya rasa amat sedih dan simpati kepada keluarga Teoh dan bakal isterinya apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Madinah hari ini.

Beliau berkata, polis akan menyiasat kematian tersebut dengan menyeluruh dan secara profesional agar semua pihak dapat kepastian apa yang berlaku sebenarnya, lapor Bernama.Najib turut meminta agar semua pihak tidak membuat kenyataan atau tuduhan yang boleh mengelirukan masyarakat umum sepanjang proses siasatan dijalankan."Kerajaan harap semua pihak akan bertenang dan bersabar sehingga selesai siasatan dibuat," katanya.

Sudah terdengar alasan-alasan dan desas desus Teoh Beng Hock, yang mati setelah disoal siasat MEMBUNUH DIRI. Kenapa dia membunuh diri? Apa alasan dan mengapa? Kepimpinan Pakatan rakyat menolak alasan tersebut dan mengatakan ada sesuatu yang berlaku dan ini perlu disiasat.

Ada yang mengatakan bahawa sekiranya Teoh jatuh membunuh diri maka mayat yang di jumpai tidak akan berkedudukan seperti itu. Spekulasi semakin banyak dan spekulasi ini membawa banyak andaian yang pasti akan memberi kesan negatif terhadap insiden ini. Apa pun Kerajaan perlu lebih tegas lagi. Kerajaan perlu mempercepatkan soal – siasat, mungkin membenarkan kehadiran suruhanjaya seberapa segera.

Ini bukan untuk memuaskan Pakatan rakyat tetapi untuk menunjukkan ketelusan kepada keluarga si mati. Hakikat lebih lama kes ini tergantung akan lebih memburukkan keadaan. Ini yang pakar-pakar manipulasi dalam Pakatan rakyat mahu. Lebih lama lebih banyak sumpah seranah, lebih banyak demo, lebih banyak orang akan terpengaruh. Buka terus satu jawatankuasa untuk menyiasat. Biar adil bebas kerana kerajaan tidak ada apa-apa yang hendak disorokkan.

Langkah segera ini akan mengendurkan usaha untuk terus memainkan isu ini. Kalau isu ini ditangguhkan sehingga pilihan raya – mungkin ini akan memberi kesan kepada pengundi. Kerajaan MESTI menyegerakan siasatan dan bertindak dengan segera agak isu ini tidak melimpah menjadi isu persengketaan – baik berbentuk politik mahupun rasis. Kita perlu ingat sebelum ini Teresa Kok – MP Seputeh pernah cuba membawa isu siasatan SPRM isu rasis – dengan dakwaan hanya EXCO berbangsa Cina di soal siasat. Kerajaan BN perlu cepat – jangan leka kerana kelekaan melambatkan proses keadilan dan ini tidak merugikan Pakatan Rakyat malah akan hanya merugikan kerajaan UMNO.

- UmnoReform

2 comments:

  1. Takziah pada keluarga teoh aja ke!.Kan terdahulu ada ramai lagi yang telah mati, pak jib tak inginkah menyampaikan ucapan takziah pada keluarga mereka.Sudahkah keluarga mereka diberi layanan dan keadilan terhadap anak anak mereka yang telah tidak dapat menyuarakan bagaimana mereka dimatikan.Tentu sekali 1malaysia bukan sekadar ingin penjelasan tapi keadilan yang tulus terang tanpa memilih bulu dan darjat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. Pihak kerajaan juga perlu memohon maaf kepada para syuhada yg mati syahid di Memali...

    ReplyDelete