18 July 2009

Siasatan SPRM hanya mahu menutup kebenaran - Mangsa

SHAH ALAM, 18 Julai (Hrkh) - "Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) marahkan saya dengan menengking lalu berkata, kamu percayakah saya boleh hentam kamu dengan menunjukkan jari telunjuk ke arah dahi beliau untuk mengugut supaya mengatakan tidak menerima resit sebagai pembekal bendera Malaysia.

Demikian penegasan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa, ketika beliau disoalsiasat oleh SPRM berkenaan satu resit yang diterima pada tahun lepas.

Beliau yang bersama dengan pembantu exco kerajaan negeri, Teo Beng Hock ketika disiasat menceritakan apa yang beliau alami semasa dalam tahanan yang dilakukan oleh 6 orang pegawai SPRM.

Ketika menceritakan ketika dipanggil oleh SPRM untuk disoal siasat, katanya, ada satu resit tahun lepas, ketika sambutan hari kemerdekaan dan saya merupakan pembekal bendera Malaysia sebanyak 1,500 kepada Dewan Negeri (DUN), Seri Kembangan dengan kos sebanyak RM2,400.

"Apabila pegawai SPRM datang kerumah saya dan meminta saya mengemukan resit pembekalan bendera, saya tidak berjaya mencari resit itu dan mengarahkan saya untuk mengikuti mereka ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

"Lepas saya sampai di sana pada 15 Julai lalu, dalam jam 9 pagi, saya tidak disoal terus oleh pegawai SPRM dia panggil saya duduk dalam satu bilik yang terang benderang dan lepas itu, mereka bawa saya ke satu bilik yang sangat gelap, di situlah saya disoal siasat," jelas beliau.

Menurut Tan, cara mereka menyoalsiasatnya pada mulanya lembut. Selepas itu, dia tanyalah mengenai keadaan isteri, anak dan keluarga serta barulah dia tanya tentang resit, adakah saya bekalkan bendera untuk skim mesra rakyat pada tahun lepas.

"Saya cakap ada, cara mereka hanya untuk memaksa saya untuk mengaku supaya saya tidak membekalkan bendera Malaysia kepada Dun Seri Kembangan.

"Mereka tanya saya dari mana dapat bendera itu, saya jawab dari Johor. Dia menambah, Johor dari kawasan mana, syarikat apa. Saya jawab tidak tahu," tegas beliau.

Pegawai SPRM juga, katanya, mengarahkan beliau untuk berdiri tegak selama 4 jam dan selepas itu menyuruh saya untuk duduk di atas lantai dan menghina dengan berkata kepada beliau, "Cina bodoh dan kamu asal dari China ke, you ni tidak tahu bahasa Malaysia ke?" soal pegawai itu.

"Selepas itu, sesi soal siasat bertukar menjadi lembut dengan pertanyaan dari pegawai itu mengenai keluarga, kamu tidak menyayangi isteri, anak dan keluarga.

"Kalau kamu cakap bohong maknanya tidak sayang isteri, pegawai tersebut mengugut beliau untuk menahan isteri beliau dan membiarkan anak-anak mereka mati kelaparan, katanya yang akan kembali ke Putrajaya 20 Julai ini untuk disoal siasat oleh SPRM," katanya.

- Harakahdaily

No comments:

Post a Comment