17 July 2009

Setiausaha Politik Exco Selangor ditemui mati


SHAH ALAM - Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di atas koridor di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Seksyen 9 di sini petang semalam.

Mayat Teoh Beng Hock, 30, yang ditemui di lokasi kejadian pada pukul 1.30 petang dipercayai terjatuh dari tingkat 14 yang turut menempatkan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Sebelum kejadian, Beng Hock disenaraikan sebagai salah seorang saksi dalam siasatan SPRM berkaitan kes penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri baru-baru ini. Beliau pergi ke pejabat SPRM itu kelmarin bagi membantu siasatan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, mangsa sampai ke pejabat SPRM di sini pada pukul 5 petang kelmarin untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut dan keterangannya selesai diambil pada pukul 3.45 pagi semalam.

Selepas selesai memberi keterangan, menurut beliau, Beng Hock dibenarkan pulang tetapi dia berjanji akan datang semula ke pejabat SPRM semalam bersama beberapa dokumen penting berhubung kes itu.

- Kosmo

* Pihak polis sepatutnya tahan semua pegawai SPRM yang bertugas dan menyoal siasat setiap seorang.

1 comment:

  1. JANGAN DICAMPAK SUDAH LA (SEBELUM JATUH DAH MATI)......SEBAB NAK TUTUP KESALAHAN.

    ReplyDelete