14 July 2009

Seorang lelaki ditahan sebabkan kecederaan 2 ahli Puteri

KUALA KRAI 14 Julai – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menyebabkan kecederaan terhadap dua ahli Puteri UMNO di hadapan pusat pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Peria di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kekecohan yang berlaku di pusat tersebut dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong Pas.

Katanya, kedua-dua anggota Puteri terbabit mengalami kecederaan di pinggang manakala salah seorang daripada mereka patah sebatang gigi akibat terkena batu yang dibaling oleh lelaki terbabit. - Utusan

No comments:

Post a Comment