19 July 2009

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh


Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan berucap di perhimpunan tersebut.

Poster dan pemidang besar memenuhi sekitar kawasan stadium tersebut yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"

Dalam ucapannya, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.

Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

- Malaysiakini

4 comments:

  1. harakah memang hebat!tahniah..baca boleh ..percaya?fikir 5/6 kali..PAS benar2 wira org Cina..sampai ada yg sanggup pegang lilin,berbaju hitam dan menangis teresak2..mana nik Aziz?mana fatwanya..mana syurganya?kalaulah yg pegang lilin ni Najib..roas show satu Malaysia..blog berita lagi..siarkanlah gambar mantan MB yg dok pegang lilin tuu

    ReplyDelete
  2. pegang lilin? siapa? apa kau merapu ni

    ReplyDelete
  3. Juara kebenaran dan keadilan, tak kira siapa. Hari ini teo, entah esok lusa kita pulak yang terima nasib yang sama.

    ReplyDelete
  4. kepada semua ahli pembangkang ataupun penyokong BN....nak tahu sape yg pegang lilin meratapi kematian Teoh..DS NIzar,mantan MB DAP Perak..layari blog parpukari utk cerita lebih menarik

    ReplyDelete