KUALA LUMPUR :– Pendekatan ‘mesra rakyat’ yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum sampai kepada matlamat asalnya untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).
:Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, hal ini disebabkan penyaluran maklumat mengenai dasar dan pendekatan baru yang dilakukan Perdana Menteri masih tidak difahami rakyat di peringkat akar umbi.
:“Rakyat di kawasan luar bandar masih tidak faham dengan usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri termasuk gagasan 1Malaysia, pengumuman dasar liberalisasi dan 11 pendekatan mesra rakyat baru-baru ini.
:“Mereka masih kabur dengan matlamat dan usaha baru yang dilakukan pemimpin tertinggi BN kerana pemahaman mereka hanyalah melalui apa yang diperoleh dari media sahaja,” katanya.
:Menurutnya, jika pemimpin BN tidak melakukan satu usaha segera menya�lurkan maklumat mengenai dasar dan pengumuman baru yang mesra rakyat ini, rakyat masih kekal dengan mentaliti lama mereka terhadap kerajaan.
:“Rakyat tidak nampak usaha yang dilakukan kerajaan sebaliknya mentaliti mereka hanyalah imej UMNO masih kekal seperti dahulu, masih dengan imej sombong, kronisme, rasuah dan sebagainya,” katanya.
:Beliau mencadangkan agar pemimpin tertinggi UMNO menitikberatkan pemahaman politik dengan mendidik kefahaman dasar baru kerajaan kepada saluran dalamannya iaitu pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan.
:“Pemimpin di peringkat bahagian dan cawangan ini mestilah memainkan peranan penting dan pantas menyalurkan maklumat kepada akar umbi terhadap pengumuman dan dasar-dasar baru kerajaan agar rakyat lebih faham.
:“Jadi, jika rakyat faham dan mengambil peluang di atas pengumuman tersebut, mereka baru merasai kelebihan pemimpin sekaligus beralih keyakinan kepada BN,” katanya.
:Zainal turut menjangkakan UMNO tidak berjaya untuk merebut kerusi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai yang berlangsung hari ini.
:Menurutnya, UMNO masih belum dapat menjatuhkan imej parti tersebut dengan isu kekurangan pembangunan, mengaitkan kerjasama Pas dengan DAP yang anti Islam di samping isu debat terbuka.
- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment