29 July 2009

PM temui keluarga Teoh Beng Hock

PUTRAJAYA 28 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menemui anggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pada pertemuan itu, atas undangan Perdana Menteri, Najib sekali lagi menyampaikan takziah kepada bapa Beng Hock, Teoh Leong Hwee; emaknya, Teng Shuw Hor; abangnya, Beng Kee; adik perempuannya, Lee Lan dan juga tunangnya, Soh Cher Wei.

Najib memberitahu keluarga Beng Hock bahawa beliau dan semua anggota Kabinet memandang berat kejadian yang menimpanya.

“Apa saja yang perlu akan dilakukan untuk mengenal pasti punca kejadian, dan jika ada sebarang salah laku, tindakan pasti akan diambil,” kata Perdana Menteri kepada keluarga Teoh pada pertemuan selama 30 minit itu yang bermula sekitar 7.30 malam. - Bernama

* Bagus...

2 comments:

  1. orang kalau betul2 ikhlas nak ucapkan takziah pada keluarga simati, pergi lah ke rumah mereka.bukan jemput keluarga tu datang kepejabat. ikhlas ke tu? atau ada maksud yang tersirat?

    ReplyDelete
  2. bILA NAK UCAPKAN TAHZIAH PADA KELUARGA ALTANTUYA???

    ReplyDelete