23 July 2009

Peninju Mexico maut


MEXICO CITY 23 Julai - Peninju Mexico, Marco Antonio Nazareth yang tidak sedarkan diri sejak empat hari lalu akibat pendarahan otak ketika menentang lawannya, Omar Chavez mati di hospital Puerto Vallarta.

Nazareth, 23, dimasukkan ke hospital selepas menerima tumbukan `knockout’ dari Chavez, iaitu anak bekas juara tinju Julio Cesar Chavez pada saingan di pusingan keempat.

Nazareth yang mempunyai rekod empat kali menang - tiga melalui `knockout’ dan empat kali kalah, terus menjalani pembedahan selepas perlawanan tetapi keadaannya semakin tenat. - AP

No comments:

Post a Comment