12 July 2009

Pengurangan kadar tol hadiah paling berharga

KUANTAN 12 Julai - Pengurangan kadar tol sebanyak 20 peratus merupakan hadiah paling berharga kepada pengguna yang menggunakan lebuh raya setiap hari.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu dianggap amat melegakan pengguna lebuh raya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberitahu, pihaknya sebelum ini sering menerima rungutan daripada pengguna lebuh raya mengenai beban tol yang dihadapi setiap hari. - Utusan

No comments:

Post a Comment