JITRA 13 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pengundi di Manek Urai membuat pilihan yang bijak untuk masa depan mereka.
Perdana Menteri berkata, para pengundi di kawasan tersebut perlu menggunakan pertimbangan yang betul untuk memastikan pembaharuan dan pembangunan dapat dikecapi di kawasan itu.
``Mereka perlu fikirkan sama ada mereka mahukan perubahan atau kawasan tersebut kekal seperti dahulu selepas pilihan raya ini.
"Jika mereka mahukan pembaharuan, mereka perlu memilih parti yang tepat," ujarnya selepas merasmikan Majlis Mesra Rakyat di sini hari ini.
Esok pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih pemimpin di kawasan tersebut. - Utusan
* Kerajaan UmnoBN menyangka mereka akan terus kekal memerintah Malaysia
No comments:
Post a Comment