14 July 2009

Pelajar UTM maut jatuh bangunan : Harapan ibu tidak kesampaian

KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak menduga kejadian ini akan berlaku kerana ketika berbual dengannya, arwah bersikap ceria seperti biasa. Dia mungkin menghubungi saya kerana rindu walaupun pada minggu lalu kami baru berjumpa ketika saya pergi ke Kuala Lumpur.

“Arwah sepatutnya menamatkan pengajian selama tiga tahun pada 2012, bagaimanapun semuanya tak kesampaian,” kata ibu kepada Mohd Khalis Zulikifli, 18, penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang maut terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya, di sini, semalam.Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika penuntut jurusan Elektrik Kuasa, UTM, Kampus Kuala Lumpur, itu dikatakan cuba memasuki biliknya di asrama Siswa Jaya, di Taman Seri Rampai, di sini, dengan memanjat melalui tingkap bilik rakannya selepas terkunci dari luar berikutan kehilangan kunci bilik.

Bagaimanapun, tanpa diduga mangsa yang baru dua minggu bergelar mahasiswa tiba-tiba tergelincir dan terjatuh dari tingkat terbabit dan terhempas ke atas gelanggang badminton sebelum disahkan meninggal dunia sejurus kejadian dipercayai akibat kecederaan parah di kepala.

- Mymetro

No comments:

Post a Comment