SHAH ALAM – Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama.
Muft:i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.
:“Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian,” katanya, semalam.
B:eliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes.
:Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu.
“Banyak medium lain yang boleh digunakan bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati. Selain surat kita boleh bersemuka.
“Itu adalah cara terbaik daripada melakukan perkara yang haram di sisi agama,”katanya.
Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.
Jumaat lepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri M:ohammad Nizar Jamaluddin yang memegang lilin ketika menyertai majlis berkabung memperingati kematian setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
- Sinar Harian
* Tiup lilin semasa hari jadi? Kalung bunga ditugu peringatan?
Kepada semua orang yang dilantik atau melantik sendiri sebagai ulamak dari semua parti politik sila ambil perhatian..... jangan membuat sesuatu keputusan fatwa mengikut hawa nafsu tanpa mengenal pasti risiko yang bakal wujud dari tindakan tersebut.
ReplyDeleteUlamak adalah golungan ilmuan yang dihormati oleh penganut islam...
Allah menyediakan penyakit dan akal manusia mencari penawarnya... oleh kerana itu sila gunakan akal yang waras untuk memimpin ummah.
AHLI UMNO DIPERBODOHKAN LAGI OLEH BARUA-BARUA UMNO...BILA PAKATAN RAKYAT BUAT SEMUANYA SALAH...TAPI BILA UMNO BUAT SEMUANYA OK. PASAL TU ADA JUDI HARAM (TAK ADA LESEN) & JUDI HALAL (ADA LESEN)...MUFTI MANGKUK NIE,...KENAPA TAK PERSOALKAN BANYAK PERKARA UMNO YG BUAT SALAH DISISI AKIDAH SEPERTI BUAT PATUNG DI PARLIMEN DAN MENGALUNGKAN BUNGA DI TUGU NEGARA??? KALAU NAK CARI DUIT JGN JADI MUFTI...BAIK MASUK UMNO JADI PEMIMPIN UMNO AGAR BOLEH MEMPERBODOHKAN AHLI UMNO. BILA DAH MASUK UMNO BARU CARI DUIT HALAL (HALAL BAGI UMNO, HARAM BAGI RAKYAT)....LEPAS TU BELI RUMAH 24 JUTA. KATA KAT AHLI UMNO RUMAH DIBELI HANYA 3 JUTA.
ReplyDeleteKenapa le selalu fatwa kepada orang PAS dan PKR sahaja.
ReplyDeleteApakah Semua Orang UMNo betul belaka mengikut Alquraan dan Sunah.
FATWA BIASANYA UNTUK UMAT ISLAM SEJAGAT BUKAN UNTUK ORANG PAS DAN PKR SAHAJA
LU FIKIR LAH SENDIRI
Tolong hormati Mufti ini ....dia ni makan gaji ikut kontrak..kena menyebelahi majikan dia...tak kan nak keluar fatwa menyusah majikan dia........cari makan beb...nak tanggung anak bini makan....
ReplyDeleteKalau tak percaya...cuba nko tanya perkara yang sama bila MUFTI ni dah tak ada kontrak lagi....
puak pembangkang ni..90 peratus tak boleh pakai..kenapa apabila terkena batang idung baru nak sebut itu ini dan sebagainya..kalung bunga kat tugu negara tu dah hampir 5o tahun dilakukan..tak sorang pun termasuk ulama tersohor PAS TGNA menyentuh ttgnya..dan percayalah Allah sdang menelanjangkan satu persatu sikap kepuraan dan kedurjanaan pemimpin dan juga ahli PAS..dan percayalah juga
ReplyDeleteAllah sedang menguji keikhlasan dan kesungguhan UMNO dalam memartabatkan agama Islam seiring dgn segala usaha yg mereka lakukan.
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) -
ReplyDeletePerdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakukan perbuatan
yang melanggari hukum agama malah menyanggahi fatwa para Mufti berhubung
perbuatan meletak kalungan bunga di Tugu Negara sempena sambutan Hari
Pahlawan 2007 di Tugu Peringatan Negara semalam.
Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang berkata hampir sepuluh tahun lalu,
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa berhubung perbuatan yang
melibatkan soal akidah dan dilihat menyamai perbuatan seperti orang-orang
jahiliyah beribadat dan septutnya PM sendiri perlu menghindari dan
menghormati hukum tersebut.
"Tindakan ini selain membelakangi fatwa para mufti ianya melanggari hukum
syarak dalam ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.net
sebentar tadi.
"Tetapi tiada hairanlah kerajaan yang ada sekarang, hukum yang jelas dan
'clear-cut' dalam al-Quran pun dilanggar inikan pula hukum atau fatwa oleh
para mufti yang dihormati kepakarannya dari sudut agama," katanya.
Perbuatan ini juga, katanya menyebabkan ramai orang khususnya umat Islam
terkeliru dan celaru pandangan terhadap hukum Islam yang telah difatwa oleh
mufti kerana telah dilanggari dan dicabuli oleh Perdana Menteri sendiri yang
turut mencanangkan Islam Hadhari kepada rakyatnya.
Nampak sangat DuluPas seorang ahli UMNO yg bodoh kerana sering diperbodohkan oleh pemimpinnya.....
ReplyDeletewalupun aku sorang ahli UMNO yg bodoh tapi setidak2 aku tak le miskin kedana..sekurang2nya aku dah tangkap 10 projek utk tahun nie..dan sekurang2nye 5/6 ribu aku dah bagi kat pej zakat..harap2 zakat aku tu sampai le kat golongan PR jugak
ReplyDeleteHarakah,KOTA BHARU
ReplyDelete12 JULAI 2006
Tuan Guru Nik Aziz dalam ceramah mingguannya pagi tadi menyelar sikap pemimpin pemimpin UMNO yang sanggup berkunjung ke tempat ibadat oang kafir semata-mata untuk meraih sokongan.Paling memilukan apabila terdapat antara pemimpin tersebut sanggup memegang calok ( lilin )yang dinyalakan walaupun menyedari ini merupakan perbuatan yang dilaknat Allah..seolah-olah mereka ini telah menyekutukan agama mereka.Terdapat juga antara mereka yang sanggup merasmikan tempat ibadat orang kafir.
Jelas,orang-orang UMNO ini telah sesat dan kita berdoa supaya mereka kembali sedar dan bertaubat.