26 July 2009

MIC tidak rugi apa-apa S.S. Subramaniam sertai PKR

BUTTERWORTH 26 Julai — MIC tidak rugi apa-apa dengan tindakan bekas Naib Presidennya, Datuk S.S. Subramaniam yang keluar parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kata Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Secara sinis, pemimpin tertinggi parti itu mengucapkan “tahniah” kepada Subramaniam dengan tindakannya itu.

“Kita (MIC) tidak rasa apa-apa atau rugi dengan tindakan itu dan selama ini pun beliau (Subramaniam) tidak aktif berkhidmat dalam memperjuangkan hak masyarakat India.

“Malah apa yang dilakukannya (sertai PKR) itu bagus dan saya ucapkan tahniah kerana berjaya mendapat jawatan di sana (PKR),” katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Konvensyen MIC Pulau Pinang Ke-63 di sini hari ini.

Semalam, Subramaniam mengumumkan menyertai PKR dalam satu majlis di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, sambil mendakwa 10 cawangan MIC di Lembah Klang membabitkan 1,700 anggota akan turut menyertai jejaknya dalam tempoh terdekat.

Samy Vellu turut menafikan dakwaan Subramaniam kononnya 1,700 anggota MIC akan mengikut jejak langkahnya menyertai PKR, dan menegaskan sebenarnya kurang daripada 300 anggota saja yang terlibat.

“Dakwaan beliau yang 1,700 anggota kita akan sertai PKR itu hanya temberang dan MIC percaya mampu menarik lebih ramai anggota baru terutama dari kalangan golongan muda yang semakin menunjuk minat terhadap parti ini,” katanya.

- BERNAMA

* Kalau dia kata tidak, maknanya ya...

2 comments:

  1. Jika Jumpa Ular 7 Samy Vellu.....paham-paham lah yg mana nak kena ketuk dulu????

    ReplyDelete
  2. Jika Jumpa Ular 7 Samy Vellu.....paham-paham lah yg mana nak kena ketuk dulu????

    ReplyDelete