20 July 2009

Mahkamah tolak lanjut reman presiden PMIUM

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysia (PMIUM), Shazni Munir Mohd Ithnin ditahan Sabtu lalu berhubung siasatan berhubung kes menconteng dan percubaan membakar dewan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) hujung bulan lalu.

Menurut peguamnya, Mohd Radzlan Jalaludin berkaa, Shazni dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilanjutkan tahanan reman terhadapnya.

Bagaimanapun, katanya, mahkamah menolak permohonan tahanan reman itu kerana Shazni telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada siasatan polis.

Menurutnya, mahkamah memutuskankan siasatan telah lengkap dan Shazni pula mempunyai kuliah untuk dihadiri hari ini.

Ketika dihubungi pada jam 1.15 petang, Radzlan berkata, beliau dan keluarga Shazni kini berada di balai polis Brickfields untuk urusan pembebasan Shazni.

- Malaysiakini

* Macamana layanan polis?

2 comments:

  1. Pelik.!!! Kalau mahkamah dah putuskan tak boleh lanjutan reman..!!! Bebaskanlah..Dok simpan nak buat apa lagi??? Kenapa sampaimenyusahkan ibubapa dan keluarga untuk proses pembebasannya tu??? Makin lama makin tak senonoh pulak syatem pentadbiran nih. Hai apa nak jadi laaa..Tak kan nak tunggu mati lagi sorang pulak kot..??

    ReplyDelete
  2. pesan anak2.terutama anak pembangkang..agar anak2 jadi org berguna..belajar tinggi biar dipandang mulia..bila dah kena tangkap bukan takat menyusahkan mak bapak..silap2 nenek dan datuk pun terpaksa tinggal ayam itik..

    baru kena reman dah kalut satu dunia..padan muka melayu yg tak tahu berterima kasih

    ReplyDelete