KUALA KRAI 14 Julai – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dijangka dapat diumumkan pada pukul lapan malam ini.
Pengumuman itu akan dibuat di Dewan Petra Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, di sini.
``Insya-Allah, kita umumkan kira-kira pukul lapan malam, di sekitar itulah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment