14 July 2009

Kecederaan ahli Puteri UMNO tidak membimbangkan

KUALA KRAI 14 Julai - Keadaan dua anggota Puteri UMNO yang cedera dalam insiden provokasi di pinggir pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Peria di sini tidak membimbangkan.

Kedua-duanya, Nurfarahana Abdol Rahman dan Wan Nor Azziela Pawan Teh, 21, anggota pergerakan itu dari Taiping dikejarkan ke Hospital pukul 1 petang ini.

Menurut Nurfahana yang ditemui di hospital berkenaan, dia terjatuh dalam kekalutan itu dan kemudian terpijak ketika orang ramai berlarian, lalu pengsan.

Wan Nor Azziela pula mengalami kecederaan di dahinya terkena balingan batu. - Utusan

No comments:

Post a Comment