
Polis juga memaklumkan identiti salah seorang daripada pengebom itu sudah dikenal pasti.
"Kami mengesahkan serangan ini dilakukan JI kerana terdapat persamaan dalam jenis bom yang digunakan," kata jurucakap polis Jakarta, Nanan Soekarna.
Beliau berkata, bom yang ditinggalkan di sebuah bilik hotel di JW Marriott adalah sama dengan jenis yang digunakan dalam serangan di Bali pada 2002 dan tidak banyak berbeza dengan yang ditemui semasa serbuan di sebuah sekolah agama baru-baru ini.
"Mereka datang dari satu tempat. Kami menjumpai peralatan sama, bahan sama dan kaedah yang sama," katanya.
Menurutnya, berdasarkan maklumat awal kedua-dua pengebom itu adalah lelaki.
"Seorang daripada mereka sudah dikenal pasti. Saya tidak boleh memberitahu anda nama penuhnya tetapi ia bermula dengan huruf 'N' dan satu lagi mayat sedang dalam proses pengecaman," katanya.
Nanan berkata, sembilan orang maut dalam serangan itu dan 16 warga asing turut cedera.
- Sinar Harian
No comments:
Post a Comment