KUALA KRAI 14 Julai – Dua ahli Puteri UMNO Kelantan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Krai selepas dibaling dengan batu ketika bertugas di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan (SK) Peria, dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, masing-masing cedera di belakang dan pengsan di tempat kejadian akibat terkena balingan batu oleh perayu undi parti yang bertanding.
Difahamkan ada kalangan mereka yang cedera sehingga patah gigi kerana masing-masing membaling botol air dan batu ketika meraih undi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian berlaku berikutan provokasi yang dilakukan oleh perayu-perayu undi parti yang bertanding.
Abdul Rahim menasihatkan semua perayu undi supaya banyak bersabar untuk mengelak sebarang insiden yang tidak diingini.
"Kita juga meminta orang ramai supaya lebih banyak bersabar dan tidak cepat marah ketika berada di luar pusat mengundi," katanya. – Utusan
No comments:
Post a Comment